Indahnya Iman jika kita memilih yang WAJIB
hubungi Kami
Sunday, November 7, 2010
Ladang Ayam kat Teluk Intan

Ladang ayam sepupu, Halim kat Hutan Melintang dah dibesar kan

Sebelah belakang reban ni pun ada kandang lagi

Ayam-ayam kampung dibiarkan bebas bior cari makan sendiri
Minggu lepas bak le kampung cuti 2 hari Sabtu & Ahad, saje balik sebab Raya Haji nanti tak dapat balik. Onthe way balik ke KL singgah kat Hutan Melintang nak jumpa sepupu yang bela yam kampung ni. Ingatkan dia ada kat rumah rupanya rumah kosong je. Ayam-ayam dia ada la. Pehh..Cantik-cantik pulak ayam dia ni. Bila tengok je awat dah besar-besar panjang ayam-ayam kampung tak jual-jual lagi ni. Tu yang buat aku confius. Ni nak contact Halim bior aku jual je kat KL ni ayam-ayam dia. Tapi pasal transport tu yang agak berat sikit.
Ayam Kampung Israel dan Ayam Kampung Coklat

Itik telur yang si Khairil bela

Ayam Kampung bulu Coklat

Ayam Kampung Coklat
Labels:
ayam daging,
ayam kampung,
itik daging,
itik khaki camble
Sunday, August 15, 2010
Kedai Memproses Ayam

Ayam Buloh tengah nak convert kedai ni jadi tempat memproses ayam kat Kg Melayu Bt 13 Sg Buloh ni. Biar para suri rumah, kedai-kedai kecik buleh amik terus ayam kat sini. Tapi amik masa sikit sebab tenaga agak kurang . Akan dibuat secepat mungkin. Permintaan kat kawasan ni memang sentiasa ada. Hari orang makan ayam. Sebab para peniaga dah semakin mahir mencipta resepi menggunakan ayam. Baru ni cuba makan " Nasi Ayam Dara" . Cukup sedap rasanya , harganya pun ok cuma RM 5.50 sekali makan.
Wednesday, July 7, 2010
Dalil Sembelihan untuk haiwan yang HALAL dimakan
Firman Allah s.w.t : " Makanlah dari apa-apa yang disebut nama Allah atasnya, jika kamu benar-benar beriman kepada ayat-ayatNya" surah Al-Anam ayat 18.
Firman Allah s.w.t : " dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak disebutkan nama Allah atasnya, kerana ia satu kedurhakaan " surah Al-Anam ayat 121.
Hadis Nabi s.a.w
Sabda Rasulullah s.aw : " Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihan itu "
Dari Firman Allah s.w.t dan Sabda Rasullullah diatas saya sering mengingatkan diri saya agar saya mencari keberkatan dengan mencari yang HALAL.

Subscribe to:
Posts (Atom)