hubungi Kami

Wednesday, June 23, 2010

Isu-isu Dalam Sembelihan Halal

Ada beberapa isu dalam sembelihan HALAL iaitu :-
1. Status halal sembelihan tidak diyakini
2. Kesesuaian premis dan jaminan kualiti
3. Kawalan pencemaran alam sekitar

Dalam ketiga-tiga isu ini KERAGUAN STATUS HALAL SEMBELIHAN adalah yang paling selalu diperkatakan. Iaitu :-
1. Sembelihan dilakukan oleh orang yang tidak ada tauliah.
- sebenarnya sembelihan HALAL hanya mengikut rukun sembelihan tidak memerlukan
tauliah, tetapi tauliah adalah penting untuk sembelihan komesil.
2. Sembelihan dilakukan oleh warga asing.
3. Premis tiada sijil Pengesahan Halal tetapi penyembelih bertauliah.
4. Aktiviti penyembelihan tidak digilirkan.
5. Kualiti ( kesempurnaan ) sembelihan tidak dikawal oleh pemeriksa.
6. Tiada " Post Mortem " bagi hasil sembelihan halal yang dilakukan.
7. Penyembelihan bercampur dalam satu premis ( halal dan tidak halal ).
8. Sembelihan mati disebabkan oleh kejutan elektrik ( stunning ).
9. Sembelihan dibiarkan mati didalam bekas air.
10. Sembelihan mati dalam tong atau bekas air yang sempit dalam kuantiti yang banyak.
11. Penyembelih yang bertauliah menjalankan tugas ALIBABA.
12. " Top up " kapasiti dari luar.

Friday, June 18, 2010

Harga Ayam Daging terkini

Semenjak minggu lepas harga AYAM DAGING dah melambung , ye lah disebabkan cuti sekolah kan banyak le kenduri-kendara. Kat Pasar Batu 14 Puchong harga sekarang ni RM 6.70 sekilo borong tu. Pasaran kat pasar malam kat sini RM 7.50 . Kat Pasar Tani Batu 13 Puchong pulak harga ayam daging borong RM 6.30 sekilo, pasar borong selangor RM 6.20, Kat Sg Buloh Pulak RM 7.40 untuk harga pasaran. Kat Klang harga borong ayam daging RM 6.30 sekilo dan Pasar borng Selayang harga ayam RM 6.20 ke RM 6.50 sekilo. Pasar Pudu harga nya RM 6.20 sekilo.Tapi pasaran ayam tak penah susut walaupun ada pernah yang sebelum ni kata Makanlah selain Lauk Ayam. Yang semesti kita tahu ayam daging tu sedap kan.