hubungi Kami

Wednesday, June 23, 2010

Isu-isu Dalam Sembelihan Halal

Ada beberapa isu dalam sembelihan HALAL iaitu :-
1. Status halal sembelihan tidak diyakini
2. Kesesuaian premis dan jaminan kualiti
3. Kawalan pencemaran alam sekitar

Dalam ketiga-tiga isu ini KERAGUAN STATUS HALAL SEMBELIHAN adalah yang paling selalu diperkatakan. Iaitu :-
1. Sembelihan dilakukan oleh orang yang tidak ada tauliah.
- sebenarnya sembelihan HALAL hanya mengikut rukun sembelihan tidak memerlukan
tauliah, tetapi tauliah adalah penting untuk sembelihan komesil.
2. Sembelihan dilakukan oleh warga asing.
3. Premis tiada sijil Pengesahan Halal tetapi penyembelih bertauliah.
4. Aktiviti penyembelihan tidak digilirkan.
5. Kualiti ( kesempurnaan ) sembelihan tidak dikawal oleh pemeriksa.
6. Tiada " Post Mortem " bagi hasil sembelihan halal yang dilakukan.
7. Penyembelihan bercampur dalam satu premis ( halal dan tidak halal ).
8. Sembelihan mati disebabkan oleh kejutan elektrik ( stunning ).
9. Sembelihan dibiarkan mati didalam bekas air.
10. Sembelihan mati dalam tong atau bekas air yang sempit dalam kuantiti yang banyak.
11. Penyembelih yang bertauliah menjalankan tugas ALIBABA.
12. " Top up " kapasiti dari luar.

No comments:

Post a Comment