hubungi Kami

Wednesday, July 7, 2010

Dalil Sembelihan untuk haiwan yang HALAL dimakan

Firman Allah s.w.t : " Makanlah dari apa-apa yang disebut nama Allah atasnya, jika kamu benar-benar beriman kepada ayat-ayatNya" surah Al-Anam ayat 18.

Firman Allah s.w.t : " dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak disebutkan nama Allah atasnya, kerana ia satu kedurhakaan " surah Al-Anam ayat 121.

Hadis Nabi s.a.w
Sabda Rasulullah s.aw : " Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihan itu "

Dari Firman Allah s.w.t dan Sabda Rasullullah diatas saya sering mengingatkan diri saya agar saya mencari keberkatan dengan mencari yang HALAL.

myMetro | Peniaga hanya fikir untung punca harga ayam RM7 sekilogram

myMetro Peniaga hanya fikir untung punca harga ayam RM7 sekilogram